Skip Navigation
* SELAMAT DATANG! > Tetamu * ONLINE SUPPORT > Yahoo! ID: qaseh.hawani > *

Virgin Coconut Oil




Apa itu Minyak Kelapa Dara?

Minyak Kelapa Dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.

Apa kata pakar tentang Minyak Kelapa Dara?

Minyak Kelapa Dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda.”

Dr. Mark Atkinson,
HolisticMedical Physician BBS Bsc (Hons)
FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)

Salah satu penggunaan Minyak Kelapa Dara yang paling baik adalah untuk memperlembut serta menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial.

Satu hakikat tentang kehebatan Minyak Kelapa Dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.

Dapatkan Minyak Kelapa Dara yang ternyata berkhasiat dan mampu menangani pelbagai penyakit.