Perfume
Berita Harian - i-Kon - Tampil wangi satu tuntutan.
Oleh Haswari Ali
Sabda Rasulullah S.A.W: "Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala, sekalipun kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan..." (Riwayat Al-Bukhari)
Telah diriwayatkan oleh Saidina Umar A.S. bahawa dia berkata: "Barangsiapa yang membelanjakan 1/3 daripada hartanya untuk bau-bauan yang harum maka tidaklah ia membazir.." (Riwayat Al- Bukhari & Muslim)
SABDA dan riwayat yang dipaparkan di atas, sudah cukup membuktikan bahawa sejak di zaman Rasulullah lagi, umat manusia digalakkan memakai bau-bauan atas tujuan mulia selain sebagai menjaga penampilan diri.
Jadi tiada lagi alasan, mengapa seseorang itu perlu mengelak daripada berbau wangi, ketika di tempat awam, di rumah atau bersama rakan taulan.
Takkan anda ingin dipandang sinis hanya kerana badan berbau? Tentu sekali tidak bukan?
Perubahan zaman, memperlihatkan semakin banyak lambakan haruman hadir di pasaran dunia. Samada dari klasifikasi Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan). Mana satu pilihan hati?
Di AnekaNiaga, kami menawarkan kepada anda pelbagai pilihan wangian mengikut kesesuaian naluri dan imej si pemakai. Terdapat pelbagai pilihan set yang berbeza dengan wangian yang pastinya memikat hati anda. Klik sub-menu di sebelah kiri anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk-produk perfume yang kami tawarkan. Pastinya menawan hati dengan tawaran harga yang amat berpatutan dan semestinya HALAL.





















